Apa itu TRANSPARENT STICKER?
Material sticker jenis transparent ni berbeza sedikit berbanding dengan sticker mirrorkote.

Dengan sticker transparent, anda boleh pilih bahagian mana yang anda nak sebagai transparent (boleh nampak tembus ke belakang). Biasanya produk-produk jenis kosmetik, perfume dan air banyak gunakan sticker jenis ni untuk nak bagi nampak exclusive ataupun retro.

Sedikit tips jika anda mahu buat transparent sticker – kenal pasti tempat yang anda mahu tampal, pastikan warna sticker anda tidak tenggelam.. Contohnya kalau mahu tampal sticker dekat botol warna kuning, tulisan atau corak sticker perlu letak warna selain dari kuning, atau warna2 yang menonjol seperti hitam atau merah.

Ciri - ciri utama TRANSPARENT STICKER :
✅ Waterproof
✅ Base plastik, jadi ia tidak mudah terkoyak jika dibandingkan dengan sticker mirrorkote. 
✅ Boleh digunakan untuk produk sejuk beku (frozen)
✅ Dapat memberi maklumat pada pelanggan anda dalam masa yang sama tidak mahu menutup barang tersebut.
✅Tiada tulisan berwarna putih pada permukaan sticker tersebut dan boleh ditambah sedikit warna tetapi warna-warna yang dibolehkan adalah limited.
✅Sesuai diletakkan pada botol-botol minuman.
✅Warna-warna lain yang digunakan pada sticker transparent itu tidak begitu timbul.
✅Sesuai untuk menampakkan warna-warna minuman seperti air jagung, greentea, atau tehbeng.

Sticker Transparent Sesuai Ditampal di :
Botol Minuman
Kotak Packaging
Botol Kaca
Paperbag
Dinding
Bekas Plastik
Permukaan Besi