Mirrorkote sticker merupakan satu jenis material sticker yang paling popular. Jenis sticker ini sering menjadi pilihan pengguna kerana kualiti, mudah diperolehi dan harga yang paling murah dikalangan jenis material sticker yang lain.
Adakah Sticker Mirrokote sesuai untuk produk?
Ya, sekiranya dari aspek penjimatan kos, Sticker Mirrorkote adalah pilihan yang tepat.
Sticker Mirrorcoat sering menjadi pilihan pengusaha produk seperti;
kek dan biskut
kerepek
pomade
kuih raya
coklat & brownies
pelbagai lagi produk lain
Apakah ciri-ciri utama Sticker Mirrorkote?
✅ Harga murah
✅ Mudah diperolehi
✅ Base kertas dan boleh dikoyak
✅ Material sticker boleh ditulis menggunakan ballpen
✅ Print Water resistant (boleh kena air) tetapi material mudah koyak bila kena air
Adakah Sticker Mirrokote kalis air?
Tidak. Kena air boleh, design printed tak luntur tetapi material sticker tak boleh direndam dan mudah koyak bila basah.
Sticker Mirrorkote tahan lama bila terkena air?
Tidak! Cetakan pada sticker mirrorkote menggunakan teknik cetakan digital menggunakan toner yang berkualiti tinggi. Cetakan tidak boleh dikikis dan juga tidak akan luntur sekiranya terkena pada air biasa.